9 Golongan Suami Yang Isteri Dibenarkan Memohon Cerai

Apabila kita bercerita berkenaan wanita minta cerai, pasti akan yang mengatakan yang ada hadis menyebut,” wanita yang meminta cerai suami, tidak akan bau syurga.”

Ramai mempunyai salah tanggapan perkara tersebut kerana pendapat tersebut sebenarnya hanya terpakai apabila seorang isteri meminta suami menceraikan dia tanpa alasan dan sebab.

Jadi, adakah isteri dibenarkan memohon cerai dari suami dalam ajaran Islam? Boleh. Ada situasi di mana isteri dibenarkan meminta cerai dari suami.

Berikut disenaraikan beberapa situasi tersebut;

cerai isteri, bubar perkahwinan, permohonan cerai, isteri minta cerai, isteri dibenarkan cerai, isteri dibenarkan mohon cerai

1. Suami menyuruh isteri berzina
Kes ini selalu kedengaran apabila suami mempunyai hutang dan isteri dijadikan bayaran kepada hutang tersebut.

2. Suami menyuruh isteri minum arak
Ada juga berlaku dalam masyarakat kita di mana si suami memaksa isteri minum arak bersama-sama dengannya kerana minum arak berseorangan tidak seronok

3. Suami larang tutup aurat
Ini kes yang pernah berlaku di mahkamah syariah di mana suami tidak membenarkan isteri memakai tudung atas alasan, dia tidak suka melihat isterinya bertudung.

4. Suami tidak menunaikan tanggungjawab sebagai Mukmin
Jika si suami selalu mengabaikan tanggungjawab wajib beliau, si isteri berhak memohon cerai

BACA JUGA: Sifat Yang Harus Dijauhi Oleh Semua Isteri

5. Suami mempunyai penyakit berbahaya
Penyakit-penyakit yang merebak seperti AIDS yang dihidap oleh suami sepatutnya tidak dijangkitkan kepada pihak wanita

6. Suami yang mempunyai organ seks yang tidak berfungsi
Seorang isteri mempunyai hak ke atas nafkah batin. Jika perkara tersebut tidak dapat dipenuhi oleh suami atas alasan organ fizikalnya tidak berfungsi, isteri dibenarkan memohon cerai.

7. Suami yang tidak mempunyai zakar
Jika ditakdirkan si suami memang tidak mempunyai zakar sejak lahir atau hilang zakar akibat kemalangan, si isteri mempunyai hak untuk menuntut cerai.

8. Suami yang tidak pulang tanpa alasan munasabah
Isteri dibenarkan memohon cerai jika suami tidak pulang atau tidak mahu pulang ke rumah dalam satu tempoh yang lama

9. Suami yang tidak memberikan nafkah
Suami wajib menyediakan 3 perkara, makan-minum, pakaian dan tempat tinggal.

BACA JUGA: Tanggungjawab Seorang Suami Mengikut Islam

1 thought on “9 Golongan Suami Yang Isteri Dibenarkan Memohon Cerai”

Leave a Comment

seventeen − two =