Home All Keluarga Inilah Jampi Pengasih Dari Al-Quran Untuk Buat Suami Sayang Pada Kita

Inilah Jampi Pengasih Dari Al-Quran Untuk Buat Suami Sayang Pada Kita

7215
3
jampi pengasih

Inilah Jampi Pengasih Dari Al-Quran Untuk Buat Suami Sayang Pada Kita | Adatlah bila dah berumah-tangga, perselisihan faham tu ibarat perkara yang sudah boleh dihadam bagi kebanyakan pasangan suami isteri.

Bila bergaduh, sudah tentu kita saling mencari jalan bagaimana hendak menenangkan atau memujuk pasangan kita betul tak?

Memujuk isteri atau suami adakalanya lebih sukar kerana masing-masing mempunyai ego, ia tidak semudah memberi sejambak bunga ros seperti zaman-zaman bercinta dahulu.

Ada banyak cara sama ada dengan pengetahuan dan ilmu yang baik ataupun ada mengambil cara mudah dengan menggunakan jampi pengasih yang tidak elok untuk pasangan. Seeloknya janganlah sampai kita mengainaya pasangan sendiri dengan ilmu pengasih yang tidak elok.

Justeru, kekuatan mental amat diperlukan bahkan pasangan suami isteri seharusnya bijak mengawal emosi agar tidak bertelagah secara keterlaluan sehingga menjatuhkan talak atau mencederakan.

Salah satu amalan dalam rumah tangga ringkas yang boleh kita ramai-ramai praktikan adalah dengan menggunakan ayat dari Al-Quran dan bukannya jumpa bomoh minta minyak pengasih.jampi pengasih

Selain doa Nabi Yusuf, ini kami kongsikan beberapa potong ayat dari surah Al-Quran yang boleh dimanfaatkan untuk melembutkan seterusnya buat pasangan lebih mengasihi kita.

Surah Yassin Ayat 36

Inilah Jampi Pengasih Dari Al-Quran Untuk Buat Suami Sayang Pada Kita 1

Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”. 

Surah Al-Hujurat Ayat 13

Inilah Jampi Pengasih Dari Al-Quran Untuk Buat Suami Sayang Pada Kita 2

Maksudnya:“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” 

Surah Ali-Imran Ayat 14

Inilah Jampi Pengasih Dari Al-Quran Untuk Buat Suami Sayang Pada Kita 3

Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”

Surah Ali-Imran Ayat 31

Inilah Jampi Pengasih Dari Al-Quran Untuk Buat Suami Sayang Pada Kita 4

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” 

Syarat Untuk Doa Diterima Allah

Antara adab-adab berdoa hendaklah memulakan dengan memuji-muji Allah Taala terlebih dahulu kemudian disusuli dengan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Pastikan niat dibetulkan terlebih dahulu dan juga cara-cara kita berdoa hendaklah tidak melanggari syariat yang telah ditetapkan oleh Islam.

Ketahuilah bahawasanya al-Quran adalah kalam yang paling baik dan paling sempurna untuk manusia berhubung dengan Allah Taala (berdoa). Sehinggakan maksud solat dari segi bahasa juga ditakrifkan sebagai doa.

Jika anda suka dengan artikel Jampi Pengasih Dari Al-Quran Untuk Buat Suami Sayang Pada Kita ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Inilah Jampi Pengasih Dari Al-Quran Untuk Buat Suami Sayang Pada Kita 5

3 COMMENTS

  1. Saya adalah isteri kedua . Selepas berterus terang dgn isteri pertama dia x boleh terima dan mendesak suami utk menceraikan saya . Madu mengugut suami dgn macam2 perkara menyebabkan suami menceraikan saya di depan madu atas desakan dan ugutan madu . Suami berlinang air mata dgn tanpa niat telah melafazkan cerai kerana terpaksa sbb ingin mententeramkan keadaan semasa itu yg tegang… adakah jatuh talak ustz? Beberapa hari selepas itu suami pulang ke rumah saya dan melafazkan rujuk kerana takut sekiranya benar2 talak itu jatuh .

    Selepas beberapa bulan suami cuba berterus terang semula dgn isteri pertama yg kami telah rujuk. Sekali lagi episod mengamuk dan mengugut suami supaya menceraikan saya. Hari2 madu provoke suami sampaikan suami rasa sangat2 tertekan . Tak tidur malam dibuatnya kerana hari2 balik kerja akan mendesak suami . Kesiankan suami saya menyuruh suami supaya memberitahu shj isteri pertama yg suami telah menceraikan saya utk menteramkan keadaan . Adakah jatuh talak tersebut ustz ? Sekali lagi kami risau yg talak ini jatuh walaupun tiada apa2 lafaz dibuat .. tetapi kami tetap bersama seperti suami dan isteri . Disebabkan takut talak ini juga jatuh kami telah rujuk semula dgn lafaz rujuk oleh suami sedangkan kami sendiri tidak pasti … minta sangat2 pencerahan dari ustz .

    Utk yg ke sekian kalinya madu dapat tahu yg kami masih suami isteri dan perkara yg sama berlaku lagi ustz … hari2 madu terus mendesak dan mengugut suami . Suami balik kerja penat2 pasti madu akan provoke suami cakap macam2 pasal saya , memburuk2 saya dan ugut macam2 supaya suami ceraikan saya . Pernah seningga isteri mencederakan diri sendiri . Dlm keadaan yg sangat2 tertekan , serabut dan penat suami telah menghubungi saya melalui telifon dan melafazkan cerai talak tiga utk memuaskan hati madu semasa itu dan tidak mahu isteri bertindak luar kawalan … suami masa itu dlm keadaan sangat2 tertekan . Saya amat2 terkejut ustz kerana kami baik2 sahaja dan tidak bergaduh pun dan kami baru sahaja berjumpa 2 hari sblmnya dan kami bersama seperti biasa. Kami suami isteri masih sayang antara satu sama lain ustz , tiada masalah antara kami . Saya banyak mengalah sbb saya tak nak suami tertekan . Sehingga sekarang kami masih berjumpa dan bersama seperti biasa. Mohon sangat2 ustz supaya dapat pencerahan dr ustz . Saya takut ustz … Saya masih sayangkan rumahtangga saya ustz.

    Adakah cerai tanpa lafaz jatuh ustz ?

    Mohon sangat kalau ustz boleh beri pencerahan mengenai cerai ini ustz . Suami yakin yg cerai yg dia lafaz itu bukan atas kehendak dia dan tiada niat bercerai .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here