Home All Keluarga Ibu Bapa Latih Diri Jadi Morning Person, Malulah Kalau Anak Yang Bangun...

Ibu Bapa Latih Diri Jadi Morning Person, Malulah Kalau Anak Yang Bangun Dulu

1078
0
bangun awal

Ibu Bapa Latih Diri Jadi Morning Person, Malulah Kalau Anak Yang Bangun Dulu | Semasa kita kecil, mesti seawal sebelum subuh lampu dapur di rumah sudahpun bernyala. Itulah tanda ibu kita sudah bangun untuk menyediakan sarapan pagi.

Paling tidakpun ibu lah yang paling awal bangun mandi sebelum menyiapkan adik-adik yang akan ke sekolah.

Meskipun semasa hari minggu, ibu tetap menjadi orang terawal yang bangun. Bukan sekadar untuk mengejutkan ayah untuk solat subuh, ibu merupakan jam loceng terbaik saat kita kanak-kanak dulu. Malahan tiada istilah untuk bangun lewat hanya kerana tidak bersekolah pada hari itu.

Namun, ibu bapa sekarang ramai mengambil kesempatan untuk sambung tidur jika hari minggu. Maklumlah setelah penat bekerja sepanjang minggu inilah masa untuk ganti semula masa rehat yang tidak cukup. Alangkah bagusnya kalau kita terus menjadi morning person tidak kira di hari bekerja mahupun hari bercuti.

Nak berubah jadi morning person ini bukan susah, yang penting niat dulu dari awal. Dan benda ini jadi lebih mudah kalau mak ayah hadam perkongsian daripada saudara Najmi Nawawi ini, ok jom tunjuk contoh yang baik untuk anak-anak.ibu bapa

IBU BAPA PERLU JADI MORNING PERSON

Ya betul. Orang yang bangun di awal pagi ialah morning person. Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik University of Leipzig, setiap manusia yang mahu melakukan sesuatu yang benar-benar memberi impak kepada diri sendiri harus bangun awal di awal pagi.

Banyak contoh orang hebat dunia seperti CEO Disney, Bob Iger, dan CEO Twitter, Jack Dorsey sudah terjaga pada pukul 5.30 pagi setiap hari. Atau lihat sahaja kepada icon parenting tempatan seperti Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Beliau sentiasa memanfaatkan waktu pagi sebaik-baiknya untuk pastikan anak-anak mendapat yang terbaik.

Ibu bapa perlu bangun di awal pagi, untuk jadi orang yang hebat dan mampu memberi contoh yang terbaik untuk anak-anak.

Malulah, kalau anak-anak yang bangun terlebih dahulu dari kita. Anak yang hebat kebiasaannya datang dari ibu bapa yang hebat.

Sekiranya kita tahu diri kita ialah orang yang susah bangun pagi, maka kita perlu ubah rutin harian kita agar dapat bangun di awal pagi. Jangan terlalu pentingkan diri sehingga kita abaikan yang lain. Pastinya kita tidak mahu terlepas kebaikan untuk bangun di awal pagi.

Mula Dari Solat Subuh

Solat subuh ialah perkara yang paling utama dan umpama kunci kejayaan sesebuah keluarga. Ibu bapa wajib didik anak kita untuk bangun pagi bukan untuk pergi kerja (mencari rezeki) tetapi untuk sujud beribadah kepada (pemberi rezeki) terlebih dahulu.

Sekiranya perkara asas seperti ini sudah gagal, definisi kejayaan kehidupan pasti diletakkan pada wang ringgit semata-mata bukan keredhaan Allah yang menjadi paksi utama.

Selain itu, faktor kesihatan juga menjadi tuntutan. Ianya bermula dengan sarapan pagi. Kerana jika kita dan anak-anak tidak mengambil sarapan, ia boleh merosakkan sel-sel otak kita kerana kekurangan glukosa dan sumber tenaga.ibu bapa

Jangan Lepaskan Aktiviti Sarapan

Dengan bersarapan, fikiran akan lebih segar dan dapat kurangkan tekanan, ini sangat penting untuk pastikan tenaga yang positif sepanjang hari.

Dibantu juga dengan hormon-hormon kortisol yang mula meningkat dalam badan untuk menyediakan badan kita bekerja dengan baik. Seterusnya menjadikan kita manusia yang berkualiti kepada pasangan, anak-anak dan juga kerjaya.

Begitu juga dari sudut memberi contoh ikutan yang baik untuk anak-anak. Khususnya seorang ketua keluarga (ayah), perlu sentiasa ingat bahawa anak-anak lebih cenderung untuk ikut sifat dan perwatakan si ayah meskipun mereka rapat dengan si ibu. Setiap perbuatan kita akan sentiasa diperhatikan anak-anak.

Ibu Bapa Latih Diri Jadi Morning Person, Malulah Kalau Anak Yang Bangun Dulu 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here