Home All Isu Semasa Gadis Trivago, Dahlia Shazwan Kini Manis Berhijab. Hati Saya Rasa Macam Berhutang.

Gadis Trivago, Dahlia Shazwan Kini Manis Berhijab. Hati Saya Rasa Macam Berhutang.

7862
1
gadis trivago

Gadis Trivago, Dahlia Shazwan Kini Manis Berhijab. Hati Saya Rasa Macam Berhutang. | Pengacara HLive!, Dahlia Shazwan yang sangat sinonim dengan iklan Trivago kini telah tampil dengan imej berhijab sejak tiga hari yang lalu.

Katanya kepada Astro Gempak, beliau mengakui keputusan untuk berhijab adalah kerana dia merasakan inilah petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT.

Gadis Trivago Ambil Keputusan Berhijab Selepas Pulang Dari Umrah

Menurut Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin, 32, keputusan itu dilakukan selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah dan bersyukur kerana tindakannya itu mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan teman rapat.

Gadis Trivago

“Saya dah balik umrah nak dekat sebulan yang lalu. Ingatkan nak berhijab masa bulan Ramadan tapi macam tak nak tangguh takut tak sempat.

“Saya beritahu diri saya, nak tingkatkan secara rohani dulu barulah berhijab tapi makin hari rasa macam Tuhan tengah tunggu untuk saya bergerak.

“Hati saya macam rasa berhutang, rasa macam dah dijentik. Tapi kalau saya biarkan sahaja benda tu, takut lepas ni tak dapat petunjuk tu. Jadi, saya pun pakai hijab,” ujar Dahlia.

Pada siaran langsung HLive! malam tadi, Dahlia kelihatan manis mengenakan hijab ketika mengacarakan program tersebut seperti yang dimuat naik di laman instagramnya.

Gadis Trivago

“Saya bertuah dikelilingi keluarga, suami dan teman yang sangat memberikan sokongan.

“Ada antara teman yang turut berkongsi pengalaman pakai tudung buat kali pertama dan saya sangat hargainya,” tambah gadis trivago ni lagi.

sumber: Astro Gempak

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here