Home All Isu Semasa Edika Yusof Setia Bantu Isteri Pergi Fisioterapi Buat Hati Netizen Tersentuh,14 tahun...

Edika Yusof Setia Bantu Isteri Pergi Fisioterapi Buat Hati Netizen Tersentuh,14 tahun Tak Berdiri!

5478
1
edika yusof

Pelakon yang masih tampan lagi setia, Edika Yusof, 52 tidak sesekali meninggalkan isteri apatah lagi mengabaikannya. Biarpun rumah tangganya diuji selepas dua tahun hidup berdua dengan isterinya, Nor Hidayah Yusri, 42.

Hidayah disahkan menghidap meningitis sehingga menyebabkan dirinya lumpuh separuh badan. Selepas tempoh itu, suami ini setia menjaga isteri yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak ke sana-ke mari.

Diasak persoalan berkahwin lain, tidak sesekali ada dalam agenda hidupnya sepanjang menjaga isteri yang sakit. Setianya hanya untuk isteri tercinta. Dan selama tempoh itulah isterinya tidak lagi mampu berdiri.

edika yusof

Isteri Edika Yusof Berdiri Dengan Bantuan ’Tilt Table’

Terkini di instagram miliknya, Edika berkongsi berita gembira sewaktu isteri menjalani rawatan fisioterapi berkaitan keadaan dirinya. Dalam video instagram yang dikongsikan itu, isterinya dapat berdiri dengan sokongan daripada alat khas yang dipanggil ’tilt table’.

Dengan menggunakan ‘tilt table’, Hidayah dapat berdiri untuk 30 minit. Tentunya ini perkembangan yang baik untuk Edika malah isterinya.

Dalam pada itu, Edika memohon daripada para followernya agar mendoakan perkembagan baik untuk pemulihan isterinya.

Edika Yusof Setia, Bagaikan Doktor Di Hati Isteri

Kata Hidayah menerusi Harian Metro, “Suami sudah seperti doktor saya. Dia akan memastikan saya mengambil semua ubat mengikut masa ditetapkan dan sentiasa menyediakan apa yang patut sebelum dia keluar bekerja.”

“Syukur anak-anak pun dah besar sekarang dan jika suami tiada di rumah, merekalah yang akan tengok-tengokkan saya.” Anak-anak inilah yang bergilir menjaga ibunya mengikut kelapangan waktu mereka.

Istimewanya pasangan ini, biar pun rumah tangganya diuji dengan ujian isteri sakit, Edika Yusuf tetap setia. Malah menolah berkahwin lain. Tetap setia menjaga isteri dalam apa juga keadaan. Susah payah bersama isteri tanpa merungut.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga paa 2003 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nazirul Afiq, 20, Fardeen Nasrulhaq, 16, dan Fereena Nurulhaq, 15.

Mendoakan semoga Nor Hidayah dapat berdiri semula dan dipermudahkan urusan ibu dan isteri ini untuk kegembiraan ahli keluarganya yang setia menanti keajaiban dari Ilahi.

Komen warganet Dengan Tindakan Edika Yusof

Tabah sungguh isterinya. Saya doakan semua prosses pemulehan berjln dgn lancar .satu Sikap ketabahan saorg Isteri menghadapinya . Saya terasa sangat hormat pada isterinya yg Tak kenal putus asa.

Alhamdulillah dengan izinnya…didoakan semoga dipermudahkan urusan penyembuhan…pulih sembuh sihat…bolih berjalan seperti hamba2 Allah yg lain…teruskan usaha yakin sabar dan doa dan terus berdoa…In Shaa Allah ada keajaiban dengan izin nya… Terima Kasih buat edika telah menjadi suami yg baik…Tahniah…

Alhamdulillah….14tahun bukan tempoh pendek…insyaAllah, kehebatan sabar yg Allah telah janjikan kejayaaan…moga kembali sihat dan dipermudahkan semua urusan…aamiin

Semoga wife edika diberi kesembuhan.. Pastinya dia jg ingin berbakti utk suami yg selama ini setia menjaganya dgn penuh kasih sayang..semoga kekal bahagia hingga ke Jannah

Alhamdulillah…beruntung isterinya, semoga terus diberikan kemudahan dan kasih syg yg semakin kuat lg hingga ke jannah. Alhamdulillah Allah juga kurniakan sy suami yg baik.sntiasa ada ms jatuh bangun sy.terima kasih ya Allah.

Edika Yusof seorg lelaki gentleman menjaga isteri sakit berpuluh thn tanpa mencari penganti dn membesarkan anak2 seorg diri Allahuakhbar semuga Allah lindungi dh sembuhkan isteri Edika Yusuf. Aamin

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here