Rakyat Malaysia Dilarang Akad Nikah Di Tanah Suci

Rakyat Malaysia di Arab Saudi dilarang berkahwin kerana ia melanggar undang-undang negara terbabit, lapor Bernama.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pasangan yang berkahwin di Arab Saudi akan menimbulkan masalah apabila mereka mahu mendaftarkan perkahwinan di Malaysia kerana kerajaan Arab Saudi tidak mengiktiraf perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, individu bukan rakyat Arab Saudi yang menetap di sana dan memiliki kad Iqama dibenarkan berkahwin di sana. Tambah Mas Ermieyati, perkahwinan di Arab Saudi kini menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Selepas ini pihak kementerian akan mengambil tanggungjawab untuk membendung trend ini dengan memaklumkan mengenai larangan tersebut kepada jemaah atau rakyat Malaysia yang berniat untuk menikah di sana,” katanya.

1 thought on “Rakyat Malaysia Dilarang Akad Nikah Di Tanah Suci”

Leave a Comment

1 × 2 =