Home All Isu Semasa Bukan Semua Dituntut Jadi Pemimpin, Tetapi Semua Orang Dituntut Mengaji Ilmu Agama

Bukan Semua Dituntut Jadi Pemimpin, Tetapi Semua Orang Dituntut Mengaji Ilmu Agama

1105
0
pemimpin

Bukan Semua Dituntut Jadi Pemimpin, Tetapi Semua Orang Dituntut Mengaji Ilmu Agama | Pernikahan merupakan ikatan mulia yang lebih dari sekadar janji manis di hari perkahwinan. Hubungan suci ini pasti menjadi lebih indah apabila suami isteri sentiasa bersama-sama memperbaiki diri menjadi versi yang lebih baik setiap hari.

Umum mengetahui teladan yang ditunjukkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Permaisuri Agong selama ini.

Keharmonian antara kedua-dua susuk diraja ini sering menjadi inspirasi orang ramai. Baru-baru ini, sebuah akaun Facebook bernama Pondok Ledang telah memuatnaik dua keping gambar pasangan diraja itu.

pemimpin

Pemilik akaun itu memuji Seri Paduka Baginda dan permaisurinya yang didakwa hadir ke majlis ilmu bersama.

Suami Pemimpin Isteri Bersama Mencari Ilmu Agama

Seronoknya kalau suami isteri dapat bersama mengaji ilmu agama. Balik mengaji singgah warung ngeteh bersama.

Isteri kena bagi semangat kepada suami untuk mengaji. Suami jangan lupakan isteri bila mengaji.

Tak semua orang dituntut menjadi pemimpin. Tetapi semua orang dituntut mengaji ilmu agama.

Walhasil, pergilah mengaji. Tuanku dan Permaisurinya telah mencontohkan kepada kita tentang tujuan hidup dan kebahagiaan hati.

Sumber: Pondok Ledang

CONTINUE READING

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here