Home All Isu Semasa Pelakon Terkenal Malaysia Dan Indonesia, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Pelakon Terkenal Malaysia Dan Indonesia, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

13144
2

Sebuah kematian yang mengejutkan pelbagai pihak apabila Ashraf Sinclair selaku pelakon dari Malaysia yang berjaya menempa nama melalui bidang lakonan di Malaysia dan juga Indonesia dilaporkan telah meninggal dunia pada 5 pagi tadi di MMC Kuningan, Jakarta.

Menurut laporan daripada KompasTV, punca pelakon dan juga ahli perniagaan berusia 40 tahun ini berpunca daripada serangan jantung. Laporan ini turut disahkan oleh pengurus Bunga Citra Lestari selaku isteri kepada Ashraf Sinclair.

Pelakon Terkenal Malaysia Dan Indonesia, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia 1

Untuk pengetahuan, pelakon berdarah kacukan Melayu dan Inggeris ini pernah popular dalam filem dan siri Gol & Gincu The Series sebelum melebarkan sayapnya ke Indonesia.

Beliau yang bernikah dengan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari pada tahun 2008 turut dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Sinclair pada tahun 2010.

Pada minggu lalu, warga Malaysia dikejutkan dengan pemergian mengejut Abam Bocey yang menyetuh hati pelbagai pihak.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here