Home All Tazkirah Untuk Mudahkan Urusan Harian Kita, Ustazah Ni Pesan Amalan Ringkas Setiap Hari.

Untuk Mudahkan Urusan Harian Kita, Ustazah Ni Pesan Amalan Ringkas Setiap Hari.

666
0
urusan harian

Untuk Mudahkan Urusan Harian Kita, Ustazah Ni Pesan Amalan Ringkas Setiap Hari. | Assalamualaikum. Terima kasih admin, sudi baca dan siarkan post saya. Sekiranya ada kebaikan daripada post ni, dan ianya di amalkan oleh orang lain semoga pahala nya juga jadi saham buat admin. Amin.

Insyaallah, saya cuma nak kongsikan satu amalan yang bagi saya sangat mahal , terlalu mahal. Biasa kita dengar, tapi berat untuk kita amalkan. Apa dia tu agak-agak nya?

Sebelum tu, sikit perkongsian daripada pengalaman saya sendiri. Semenjak dah melangkah ke alam pekerjaan ni, kadang-kadang sibuk tu berganda-ganda. Belum sempat selesai satu urusan harian, tugasan lain dah menyinggah di meja. Campur juga dengan urusan-urusan peribadi.

Semuanya menuntut perhatian. 2, 3 minggu kebelakangan ni saya rasa sangat ser4but . Banyak kerja ada dalam kepala ni. Rasa tak tahu nak selesai yang mana dulu. Str3ss pun ada.

urusan harian

Fikir dan renung, ambil masa sekejap untuk muhasabah. Fikir-fikir, ya! Ada benda yang lupa. Sibuk fikir itu ini, Sibuk kejar masa, lupa nak luang masa dengan al-quran. Selepas Ramadhan, al-quran makin dipandang sepi. Tu la kebanyakkan daripada kita kan? Lalai!

Kembali kepada amalan yang mahal tadi, saya nak kongsi sedikit ilmu yang saya dapat waktu join kuliah muslimat dulu. 4 tahun lepas. Saya ingat lagi, pesanan Ustazah Jun. Ringkas, tapi sangat berharga.

Pesan beliau, usahakanlah bangun awal selepas solat Subuh, atau sebelum mata kita memandang urusan dunia yang lain, cuba lah kita baca al-quran dahulu. Tak mampu banyak, baca lah sikit. Tak mampu sehelai muka surat, baca lah separuh muka surat.

Insyaallah, kita akan dapat rasa perbezaan pada hari kita. Semuanya seolah-olah lancar. Insyaallah.

Sungguh! Masyaallah. Alhamdulillah, saya rasai nya sekarang. Dalam minggu ni, saya usahakan juga baca al-quran sebelum mulakan urusan harian dan hari saya. Alhamdulillah, terasa seolah-olah satu per satu urusan sepanjang hari tu berlalu dengan mudah.

Allah tolong urusan harian kita.

Ya, kerja tetap ada dan banyak, tapi kita mampu buat dengan hati yang tenang. Kadang-kadang dah selesai satu urusan tu terdetik di hati, ya Allah betapa Engkau mudah kan urusan aku hari ni. See! Tiada yang mustahil, kalau ada bantuan Allah. Yang kita rasa susah pun akan terasa senang. Baiknya Allah. Cubalah!

Jom kita usahakan untuk lebih akrab dengan al-quran. Memang pagi-pagi kita sibuk nak kejar masa , awal pagi dah ke tempat kerja, kejar urusan itu dan ini. Tapi paksa lah diri. Tak lama, lebih kurang 5 minit je untuk kita pandang, dan baca ayat-ayat Allah, sebelum kita mula kan urusan dunia kita. Ni lah yang dinamakan keberkatan. Kita luang masa kita untuk Allah, Allah ganti balik masa kita dalam bentuk nikmat yang lain. Urusan jadi mudah, hati tenang. Lagi bagus, kalau boleh bacalah terjemahan sekali.

Saya tulis ni bukan sebab amalan saya banyak. Tapi,sebab saya sering lupa. Moga-moga ada kebaikan daripada tulisan ni untuk dikongsi dengan orang lain. Dan juga jadi asbab untuk saya terus amalkan ni berterusan. Saya doakan juga, lebih ramai yang amalkan ilmu ni memudahkan urusan harian masing-masing dan semoga pahala nya berterus-terusan kepada Ustazah Jun. Amin. Rindu mutiara ilmu daripada beliau.

Baca quran supaya Allah reda pada kita. Baca quran supaya Allah sayang kita. Bila reda Allah kita dapat, urusan harian kita dari segi urusan kerja dan urusan lain jadi mudah.

Dunia di tangan, akhirat di hati.^_^

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here